KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan peta minda iaitu:
  • Pertama sekali,peta minda adalah hasil  idea yang dihasilkan oleh corak pemikiran manusia yang berbeza.Maka,peta minda yang dihasilkan oleh seseorang individu agak sukar difahami oleh orang lain.Misalnya,kata-kata singkatan,bahasa atau penggunaan perkataan tertentu dalam penghasilan peta minda.Ini menyebabkan peta minda harus dihasilkan sendiri oleh setiap individu untuk mendapat kefahaman yang jelas serta berpuas hati.

  • Sehubungan dengan itu,penggunaan akronim mahupun kata kunci yang tidak sesuai juga menyumbang kepada kelemahan peta minda.Apabila sesuatu akronim mahupun kata kunci yang tidak tepat digunakan,minda individu itu lebih sukar untuk mengingati dan memahami tentang tajuk tersebut.

  • Tambahan pula,peta minda adalah ringkasan maklumat.Maka,ia tidak mempunyai huraian yang lengkap dan tepat berkenaan sesuatu tajuk.Kebiasaannya,peta minda menjadi terlalu ringkas sehingga sesuatu topik itu tidak dapat disampaikan dengan baik.Ini menyebabkan kefahaman sesuatu topik itu berkurang jika hanya bergantung kepada peta minda semata-mata dek maklumat yang jelas tidak dapat disampaikan sebenar-benarnya.

  • Selain itu,terdapat juga peta minda yang mempunyai cabang terlalu banyak kerana sesuatu topik itu terlalu banyak is penting.Kaedah ini hanya menyukarkan proses pembelajaran kerana huraian yang terlalu panjang dan kompleks.Hal ini akhirnya menyebabkan minda kita bosan untuk mempelajari tajuk tersebut.Memetik kata pengasas peta minda iaitu Tony Buzan,"Otak kita seperti 'gergasi' yang sedang tidur!"


Oleh itu,peta minda merupakan alat berfikir yang diiktiraf keberhasilan penggunaanya.Meskipun begitu,ia juga boleh menjadi satu kelemahan sekiranya tidak diaplikasikan dengan kaedah yang betul.

No comments:

Post a Comment