KELEBIHAN

Kelebihan penggunaan peta minda ialah:

  • Penggunaan peta minda dalam proses pembelajaran berupaya menarik minat dan fokus para pelajar di sekolah.Maka,proses pembelajaran dan ulangkaji menjadi lebih seronok dan mudah bagi mereka.Ini dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk mempercayai kemampuan masing-masing dalam mengingati sesuatu topik.

  • Seterusnya,kaedah ini mampu memudahkan proses mengingat.Kesemua fakta yang dipelajari lebih mudah dihadam apabila dipersembahkan dalam bentuk peta minda.Hal ini demikian dapat menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

  • Di samping itu,penggunaan peta minda juga dapat memberi gambaran umum berkenaan sesuatu topik secara meluas.Para pelajar dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas serta dapat memahami segala fakta yang berkaitan.Oleh itu,para pelajar berupaya mengulangkaji secara pantas berkenaan sesuatu topik tersebut.
  • Dalam pada itu,peta minda turut dijadikan tapak berfikir buat para pelajar.Penghasilan peta minda sebenarnya melatih minda untuk mencari jalan penyelesaian bagi melaksanakan sesuatu tajuk secara sistematik.

  • Tambahan pula,peta minda membantu untuk menghasilkan perancangan yang sistematik dan jelas.Ia memudahkan perancangan dari awal sehingga akhir sesuatun tajuk secara ringkas dan mudah.
Secara keseluruhannya,peta minda amat berguna dalam sebarang perancangan sama ada dalam pembelajaran,pengajaran,membaca buku,kuliah,mesyuarat,seminar,aktiviti harian,kegiatan belajar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment