ALAT KEMAHIRAN BELAJAR

     Alat berfikir adalah alat untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir seperti menyampaikan idea dengan lebih tersusun,jelas dan mudah difahami.Hal ini dapat membantu supaya dapat berfikir secara berkesan.Antara contoh-contoh alat berfikir adalah peta minda,peta grafik dan peta i-think.




     Alat berfikir yang saya pilih ialah peta minda.Secara umumnya,peta minda ialah lakaran grafik dengan tajuk atau isi utama diletakkan di bahagian tengah dan idea lain dihuraikan disekelilingnya.Kaedah peta minda telah dicetuskan oleh Tony Buzan pada tahun akhir tahun 1960-an .





Peta minda yang dihasilkan oleh beliau pada satu ketika dahulu telah digunakan oleh jutaan penduduk dunia di seluruh dunia.Misalnya di China,Vietnam,Japan,Australia,Arab Saudi dn lain-lain.Peta minda digunakan oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar,pendidik,peniaga mahupun jurutera sekalipun. Peta minda amat sesuai digunakan untuk semua golongan tidak kira muda atau tua kerana ia membantu menggunakan pemikiran secara berkesan.





No comments:

Post a Comment